Khamis, 20 Jun 2013

Lawatan kepimpinan ke DUN Sabah

Bandar Sierra, 20 Jun – Bagi mendedahkan pelajar SRI Al-Hafidz terhadap corak pentadbiran negeri Sabah, Hal Ehwal murid (HEM) dengan kerjasama1010236_349003388535497_2005748917_n
Perpustakaan Baitul Hikmah telah telah menganjurkan lawatan kepimpinan ke Dewan Undangan Negeri (DUN) kelmarin.
Seramai 24 pelajar mengikuti lawatan kepimpinan terdiri daripada pengawas perpustakaan, pengawas sekolah dan ketua kelas.
Guru Pengiring, Ustazah Siti Nizam berkata, objektif lawatan ini untuk member pendedahan awal mengenai system pentadbiran sesebuah negeri selepas pilihan raya.
Ujar beliau, lawatan ini juga memberi peluang kepada murid untuk merasai situasi sebenar di dalam persidangan.
“ Selaku guru, saya gembira melihat tingkah laku sopan serta pemakaian yang ditunjukkan ketika berada di DUN tersebut”. Katanya.
"Saya berharap semoga pelajar-pelajar SRI Al-Hafidz berjaya menjadi pemimpin negara yang mengagungkan Islam di muka bumi ini:
Antara isu yang dibangkitkan yang menarik perhatian ahli dewan sepanjang sesi soal jawab ialah, kerajaan akan mewujudkan lebih banyak lagi projek perumahan rakyat (PPR) untuk golongan yang berpendapatan kurang RM3000.
Untuk melihat gambar sepanjang lawatan ke DUN sila klik di sini.
Marilah kita menambahkan akaun akhirat dengan memberi sumbangan bagi menjayakan dan mempertingkatkan SRI Al-Hafidz. Sebarang sumbangan untuk SRI Al-Hafidz boleh dihulur ke akaun atas nama sekolah agama rakyat Al-Hafidz melalui:  
i)Bank Islam                No Akaun 100 160 100 782 10 
ii)Maybank Islamik      No Akaun 560 214 005 477 
iii)Bank Muamalat        No Akaun 1001-0002266-71-8 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan