Ahad, 6 Oktober 2013

ESOK, PEMULANGAN BUKU PERPUSTAKAAN BERGERAK

Assalamualaikum....

Makluman kepada semua pelajar yang telah membuat pinjaman buku di Perpustakaan Bergerak Negeri Sabah, esok 8 Oktober 2013 tarikh pemulangan buku. Diharap semua pelajar telah membaca buku yang dipinjam dan memasukkan ke dalam buku NILAM untuk memperoleh mata tertinggi. Jangan lupa bawa buku yang dipinjam untuk pemulangan esok,

Selasa, 30 Julai 2013

Assalamualaikum semua,

Terasa lama tidak mengemaskini blog ini, Perpustakaan Baitul Hikmah ditubuhkan pada januari tahun lalu. Namun, peminjaman buku kepada pelajar bermula Ogos pada tahun yang sama dengan menggunakan perisian PSS TARANTULA. Alhamdulillah bermula memasukkan data sebanyak 400 naskah buku dan kini mencecah 2000 naskah. Guru Perpustakaan Media (GPM) SRI Al-Hafidz berterima kasih kepada ibubapa yang telah menyumbangkan buku untuk PSS. Semoga pelajar-pelajar SRI Al-Hafidz mengambil tindakan positif dengan meminjam buku dengan lebih kerap lagi. Namun, masalah gangguan internet di sekolah sentiasa menghalang GPM memberi pinjam kepada pelajar.

Sumbangan buku daripada Ali Hafiz


Ahad, 14 Julai 2013

Ogos mula jadual peminjaman buku yang baharu

Bandar Sierra, 15 Julai - Alhamdulillah selesai memasukkan 244 data buku dalam system PSS Tarantula, setelah sekian lama akhirnya buku menjadi milik PSS Baitul Hikmah. Daripada 244 buah buku terebut, rata-rata Guru Perpustakaan media (GPM) memilih buku bahasa arab dan jawi untuk dimasukkan dalam PSS. Hal ini bagi menggalakkan para pelajar membaca buku bahasa berkenaan. Walaupun bilangan buku tesebut banyak dalam PSS sebelum ini, Namun, kekerapan pelajar meminjam sangan menduka citakan. Atas sebab itu, GPM terpaksa merangka satu jadual khas bagi mendorong pelajar meminjam semua jenis buku.

Sehingga kini, belum ada pelajar SRI Al-Hafidz meminjam buku selain berbahasa Melayu dan English, Oleh itu GPM amat mengharapkan dengan adanya jadual peminjaman buku berdasarkan bahasa mengikut minggu, pelajar SRI tercabar dan harus menyahut cabaran untuk membaca buku jawi dan bahasa arab. Ini juga untuk kebaikan anda semua, insyaAllah jadual ini akan berkuatkuasa ogos depan... assalamualaikum....
JADUAL PINJAM BUKU IKUT BAHASA




Selasa, 9 Julai 2013

Assalamualaikum... 

Adik2 jadual menunjukan tentatif program BULAN MEMBACA, pastikan anda terlibat untuk merebut hadiah yang menarik...
Tentatif program sepanjang Bulan Membaca 2013


Isnin, 8 Julai 2013

PSS Baitul Hikmah lancar bulan membaca


Bandar Sierra, 9 Julai – Perpustakaan SRI Al-Hafidz Baitul Hikmah, telah melancarkan bulan membaca sepanjang Julai ini pada 5 Julai lalu.
Di kiri Ustazah Fauziah rasmikan bulan membaca 

Isnin, 1 Julai 2013

Perpustakaan bergerak di SRI Al-Hafidz

Bandar Sierra, 2 Julai – Alhamdulillah Perpustakaan Bergerak Negeri Sabah hari sempat meluangkan masa di Sekolah Rendah Islam Al-Hafidz untuk memberi perkhidmatan kepada pelajar. Apabila melihat gelagat pelajar teringat zaman sekolah dulu-dulu. Sekolah pendalaman, pelajar dahalu bila tengok perpustakaan bergerak mereka gembira dan dimanfaat sepenuhnya penggunaan yang di sediakan oleh kerajaan. Pelajar dahalu selain gembira boleh meminjam buku, pelajar juga teruja apabila naik bas bergerak, almaklumlah ibubapa sekarang pun berbeza dengan ibubapa tahun 80an. Ibubapa zaman dahulu untuk memiliki kenderaan sendiri teramatlah sukar jika dibandingkan zaman moden kini, majority ibubapa pelajar memiliki kenderan sendiri.

Berbalik kisah bas bergerak, rasa tergelak pun ada melihat tingkah laku pelajar ketika memilih buku. Ada pelajar yang berebut nak pinjam buku yang sama, siap orang kata main ‘cam’. Sesungguhnya zaman kanak-kanak adalah suatu zaman yang inginkan hiburan dan permainan. Namun, kita sebagai orang yang lebih tua kena didik pelajar bahawa bermain ada hadnya, agar mereka bermain berpada-pada dan pada tempatnya. Semoga pelajar-pelajar SRI Al-Hafidz berjaya dunia dan akhirat. Ingat pulangkan buku yang dipinjam pada 16 Julai nanti. 

Isnin, 24 Jun 2013

Senarai Nama pelajar yang belum memulangkan buku pinjaman PSS

Assalamualaikum.....


Untuk makluman ibubapa, jadual di bawah menunjukkan senarai nama pelajar, yang belum mengambalikan buku pinjaman Perpustakaan Baitul Hikmah. Sehubungan itu, Guru Perpustakaan Media berharap agar penama di bawah dapat mengembalikan buku perpustakaan secepat mungkin.

Khamis, 20 Jun 2013

Lawatan kepimpinan ke DUN Sabah

Bandar Sierra, 20 Jun – Bagi mendedahkan pelajar SRI Al-Hafidz terhadap corak pentadbiran negeri Sabah, Hal Ehwal murid (HEM) dengan kerjasama1010236_349003388535497_2005748917_n
Perpustakaan Baitul Hikmah telah telah menganjurkan lawatan kepimpinan ke Dewan Undangan Negeri (DUN) kelmarin.
Seramai 24 pelajar mengikuti lawatan kepimpinan terdiri daripada pengawas perpustakaan, pengawas sekolah dan ketua kelas.
Guru Pengiring, Ustazah Siti Nizam berkata, objektif lawatan ini untuk member pendedahan awal mengenai system pentadbiran sesebuah negeri selepas pilihan raya.
Ujar beliau, lawatan ini juga memberi peluang kepada murid untuk merasai situasi sebenar di dalam persidangan.
“ Selaku guru, saya gembira melihat tingkah laku sopan serta pemakaian yang ditunjukkan ketika berada di DUN tersebut”. Katanya.
"Saya berharap semoga pelajar-pelajar SRI Al-Hafidz berjaya menjadi pemimpin negara yang mengagungkan Islam di muka bumi ini:
Antara isu yang dibangkitkan yang menarik perhatian ahli dewan sepanjang sesi soal jawab ialah, kerajaan akan mewujudkan lebih banyak lagi projek perumahan rakyat (PPR) untuk golongan yang berpendapatan kurang RM3000.
Untuk melihat gambar sepanjang lawatan ke DUN sila klik di sini.
Marilah kita menambahkan akaun akhirat dengan memberi sumbangan bagi menjayakan dan mempertingkatkan SRI Al-Hafidz. Sebarang sumbangan untuk SRI Al-Hafidz boleh dihulur ke akaun atas nama sekolah agama rakyat Al-Hafidz melalui:  
i)Bank Islam                No Akaun 100 160 100 782 10 
ii)Maybank Islamik      No Akaun 560 214 005 477 
iii)Bank Muamalat        No Akaun 1001-0002266-71-8 

Isnin, 10 Jun 2013

Sekolah

Pengenalan

SEKOLAH RENDAH ISLAM Al- Hafidz dengan mottonya “Membina generasi Al-Quran Terbilang Insan Cemerlang”, berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Sabah pada tahun 2010. SRI ALHAFIDZ dikendalikan bagi memenuhi tuntutan fardu kifayah yang mana merupakan antara sekolah tahfiz yang kedua dibuka di Sabah untuk memberi peluang kepada Ibu bapa yang menginginkan anak-anaknya menjadi hafiz dan hafizah disamping berkerjaya profesional kelak dan bukan bertujuan memperoleh keuntungan. Pengambilan pelajar untuk tahun 2011 merupakan pengambilan sulung dan seterusnya pada setiap tahun. Kini terdapat 50 pelajar sedang giat menghafaz di SRI Al- Hafidz dalam pelbagai tahap hafalan.

MATLAMAT

Melahirkan para hafiz yang berakhlak mulia, serba boleh dan berketerampilan.
Menjadi empayar Pusat Kejayaan Al-Quran di dunia dan akhirat (Qur’anic Center for Success).

BUDAYA KECIL SRI Al- Hafidz

SRI Al-Hafidz berusaha mewujudkan dan mengimplimentasikan budaya kecil yang berlandaskan:

Kecintaan yang mendalam terhadap agama Islam.
Kasih sayang dan kemesraan.
Berakhlak mulia dan hormat menghormati.
Persekitaran yang sentiasa membentuk ketakwaan.
Kecintaan yang mendalam terhadap ilmu
Menyuburkan minat untuk menyumbang ke arah pembangunan umat berlandaskan syariat Islam.

KONSEP ASAS SRI Al-Hafidz SRI Al-Hafidz diasaskan kepada konsep “pendidikan Islam bersepadu” di mana kurikulum penghafalan Al-Quran adalah teras, dengan diimbangi subjek akademik sebagai persediaan pelajar yang akan menduduki UPSR. Pelajar juga diajar subjek Bahasa Arab dan Ulum Al-Syariah seperti yang diajar di Sekolah Rendah Islam yang lain.
LULUSAN SRI Al-Hafidz 
Lulusan SRI Al-Hafidz dibentuk agar mampu memaparkan imej berikut: Komited kepada agama. Berpersonaliti Muslim sejati. Arif ilmu Al-Quran di samping tidak jahil ilmu dan kemahiran duniawi.

Memiliki keupayaan dan kemahiran memimpin.
Bijak berpidato, menguasai dengan baik Bahasa Arab, Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.
Menjadi pemimpin yang mendokong syariat Islam.

KAMPUS SRI Al-Hafidz
Keseluruhan pembelajaran SRI Al-Hafidz diadakan di Kelas yang telah diubahsuai dari 2 buah kedai dua tingkat manakala para pelajar akan hadir untuk belajar dari Subuh sehingga jam 5 petang setiap hari Isnin ke Jumaat.


Visi, Misi & Objektif

Visi
Melahirkan mukmin professional  hafaz Al-Quran.


Misi
Berusaha melahirkan pelajar bertakwa, berketrampilan dengan sahsiah Islam


Objektif

Menyediakan pendidikan bersepadu dunia dan akhirat.Melahirkan pelajar yang berilmu & beramal serta berakhlak.Melahirkan pelajar hafaz Quran dan cemerlang UPSR.
Menyediakan pendidikan bersepadu dunia dan akhirat.
Melahirkan pelajar yang berilmu & beramal serta berakhlak.

Melahirkan pelajar hafaz Quran dan cemerlang UPSR


Kisah Seorang Kanak-Kanak Lelaki Buta

Gambar Hiasan


Ada seorang budak lelaki yang buta duduk ditepi tangga sebuah bangunan, dan ada sebuah topi dikakinya. Beliau memegang sebuah tanda yang bertulis: “Saya buta, tolonglah.”

Terdapat hanya beberapa keping duit syiling dalam topi.

Tiba – tiba ada seorang lelaki sedang berjalan kearah pengemis buta itu. Beliau mengambil beberapa keping duit syiling dari poketnya dan menjatuhkannya ke dalam topi itu. Beliau kemudian mengambil tanda tersebut, berpaling sekeliling, dan menulis beberapa perkataan. Dia meletakkan tanda itu kembali supaya setiap orang yang berjalan melalui tempat itu akan melihat kata-kata baru pada tanda tersebut.

Tidak lama kemudian, topi itu mula terisi. Banyak orang telah memberikan wang kepada budak lelaki buta itu. Petang itu, lelaki yang tadinya telah mengubah tanda tersebut  datang untuk melihat perkembangan budak lelaki buta tersebut. Kanak-kanak buta tersebut yang mengecam bunyi jejak langkah lelaki itu bertanya, “Adakah anda yang mengubah tanda saya pagi ini? Apa yang anda tulis? “

Lelaki itu berkata, “Saya hanya menulis kebenaran. Saya berkata, apa yang kamu katakan tetapi dalam cara yang berbeza.”

Apa yang dia telah tulis: “Hari ini adalah hari yang indah dan saya tidak boleh melihat.”

Adakah anda berfikir tanda pertama dan tanda kedua berkata perkara yang sama?

Sudah tentu kedua-dua tanda tersebut memberitahu orang bahawa budak lelaki itu buta. Tetapi tanda pertama hanya berkata kanak-kanak itu buta. Tanda kedua memberitahu orang ramai mereka begitu bernasib baik bahawa mereka tidak buta.

Kenapa tanda kedua yang lebih berkesan?

“Dan Dialah jua yang mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.” [surah Al-Mu’minun; 78]


Sumber : akuislam.com