Isnin, 1 Julai 2013

Perpustakaan bergerak di SRI Al-Hafidz

Bandar Sierra, 2 Julai – Alhamdulillah Perpustakaan Bergerak Negeri Sabah hari sempat meluangkan masa di Sekolah Rendah Islam Al-Hafidz untuk memberi perkhidmatan kepada pelajar. Apabila melihat gelagat pelajar teringat zaman sekolah dulu-dulu. Sekolah pendalaman, pelajar dahalu bila tengok perpustakaan bergerak mereka gembira dan dimanfaat sepenuhnya penggunaan yang di sediakan oleh kerajaan. Pelajar dahalu selain gembira boleh meminjam buku, pelajar juga teruja apabila naik bas bergerak, almaklumlah ibubapa sekarang pun berbeza dengan ibubapa tahun 80an. Ibubapa zaman dahulu untuk memiliki kenderaan sendiri teramatlah sukar jika dibandingkan zaman moden kini, majority ibubapa pelajar memiliki kenderan sendiri.

Berbalik kisah bas bergerak, rasa tergelak pun ada melihat tingkah laku pelajar ketika memilih buku. Ada pelajar yang berebut nak pinjam buku yang sama, siap orang kata main ‘cam’. Sesungguhnya zaman kanak-kanak adalah suatu zaman yang inginkan hiburan dan permainan. Namun, kita sebagai orang yang lebih tua kena didik pelajar bahawa bermain ada hadnya, agar mereka bermain berpada-pada dan pada tempatnya. Semoga pelajar-pelajar SRI Al-Hafidz berjaya dunia dan akhirat. Ingat pulangkan buku yang dipinjam pada 16 Julai nanti. 


















Tiada ulasan:

Catat Ulasan