Isnin, 8 Julai 2013

PSS Baitul Hikmah lancar bulan membaca


Bandar Sierra, 9 Julai – Perpustakaan SRI Al-Hafidz Baitul Hikmah, telah melancarkan bulan membaca sepanjang Julai ini pada 5 Julai lalu.
Di kiri Ustazah Fauziah rasmikan bulan membaca 


Program yang bertemakan ’Pelajar membaca pelajar berjaya’ telah dirasmikan oleh Pemangku Mudir, Ustazah Fauziah Saidin dengan membuka replika buku ’giant’ yang diserahkan oleh Guru Perpustakaan media.

Menurutnya, guru-guru dan pelajar harus merebut peluang untuk menambah ilmu pengetahuan dengan kerap meminjam buku di PSS sekolah.

Beliau berharap pelajar akan melibatkan diri dengan aktiviti yang diadakan sepanjang bulan membaca dan mengambil manfaat daripadanya.

Sepanjang bulan membaca pelbagai aktiviti menarik akan diadakan oleh PSS antaranya ialah pertandingan melengkapkan dialog, teka silang kata, sudoku, pencarian tokoh NILAM, bersama PSS bergerak, reka cipta kad, peminjam buku terbanyak,  Word search competition dan banyak lagi.

Marilah kita menambahkan akaun akhirat dengan memberi sumbangan bagi manjayakan dan mempertingkatkan SRI Al-Hafidz. Sebarang sumbangan untuk SRI Al-Hafidz boleh dihulur ke akaun atas nama sekolah agama rakyat Al-Hafidz melalui:
i)Bank Islam                No Akaun 100 160 100 782 10
ii)Maybank Islamik      No Akaun 560 214 005 477
iii)Bank Muamalat        No Akaun 1001-0002266-71-8



  








Tiada ulasan:

Catat Ulasan