Khamis, 27 Februari 2014
Perpustakaan SRI Al-Hafidz terima buku sumbangan
Perpustakaan Baitul Hikmah SRI Al-Hafidz telah menerima 50 buah buku yang disumbangkan oleh Adik Khairun Aisyah pelajar tahun 5 Al-Farabi. Pelbagai topik menarik yang boleh dijadikan bahan rujukan ataupun sekadar untuk memahirkan kuasa pembacaan di kalangan pelajar. Pelajar SRI Al-Hafidz juga seharusnya mengambil peluang ini untuk menerapkan budaya membaca ke dalam diri masing-masing. Semoga lebih ramai lagi pelajar tampil memberi sumbangan buku ke Perpustakaan SRI Al-Haifdz.
Rabu, 26 Februari 2014
Perpustakaan Bergerak ke SRI Al-Hafidz
Perpustakaan Negeri Sabah, bahagian perkhidmatan
perpustakaan bergerak telah ke Sekolah Rendah Islam Al-Hafidz bagi memberi
perkhidmatan kepada Warga SRI Al-Hafidz. Perpustakaan bergerak berperanan sebagai pusat pembelajaran dan ilmu pengetahuan bagi membudayakan minat membaca pelajar sekolah. Penyemaian budaya membaca yang kukuh dan berterusan dapat membentuk sebuah masyarakat berkembang mantap yang cemerlang, berilmu dan bermaklumat. Semoga Warga SRI
Al-Hafidz mengambil manfaat dengan kehadiran Perpustakaan Bergerak ke SRI
Al-Hafidz setiap 2 minggu sekali. Kepada pelajar yang meminjam buku diharap
dapat memulangkan buku yang dipinjam mengikut jadual yang telah ditetapkan
iaitu pada 12 Mac akan datang.
Isnin, 24 Februari 2014
20 Pelajar Terpilih Menjadi Pengawas Pusat Sumber
Seramai 20 orang pelajar Sekolah Rendah Islam Al-Hafidz telah dilantik menjadi Pengawas Pusat Sumber Baitul Hikmah bagi sesi 2014. Semalam berlangsung majlis watikah pelantikan kepada pelajar yang terpilih disampaikan oleh Pemangku Mudir Ustazah Fauziah Saidin dan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM). Semoga dengan pelantikan ini akan memajukan Pusat Sumber Baitul Hikmah dan diharap pelajar yang terpilih melaksanakan tanggungjawab dengan amanah.
Jadual Penggunaan Pusat Sumber 2014
Assalamualaikum,
Kepada semua anak-anak Sekolah Rendah Islam Al-Hafidz, Bandar Sierra, berikut merupakan jadual penggunaan dan peminjaman buku di perpustakaan Baitul Hikmah. Semoga dengan adanya jadual ini, diharap semua pelajar mematuhi peraturan yang ditetapkan. Sekian.
Kepada semua anak-anak Sekolah Rendah Islam Al-Hafidz, Bandar Sierra, berikut merupakan jadual penggunaan dan peminjaman buku di perpustakaan Baitul Hikmah. Semoga dengan adanya jadual ini, diharap semua pelajar mematuhi peraturan yang ditetapkan. Sekian.
Langgan:
Catatan (Atom)