Khamis, 27 Februari 2014

Perpustakaan SRI Al-Hafidz terima buku sumbangan

Perpustakaan Baitul Hikmah SRI Al-Hafidz telah menerima 50 buah buku yang disumbangkan oleh Adik Khairun Aisyah pelajar tahun 5 Al-Farabi. Pelbagai topik menarik yang boleh dijadikan bahan rujukan ataupun sekadar untuk memahirkan kuasa pembacaan di kalangan pelajar. Pelajar SRI Al-Hafidz juga seharusnya mengambil peluang ini untuk menerapkan budaya membaca ke dalam diri masing-masing. Semoga lebih ramai lagi pelajar tampil memberi sumbangan buku ke Perpustakaan SRI Al-Haifdz.

Rabu, 26 Februari 2014

Perpustakaan Bergerak ke SRI Al-Hafidz

Perpustakaan Negeri Sabah, bahagian perkhidmatan perpustakaan bergerak telah ke Sekolah Rendah Islam Al-Hafidz bagi memberi perkhidmatan kepada Warga SRI Al-Hafidz. Perpustakaan bergerak berperanan sebagai pusat pembelajaran dan ilmu pengetahuan bagi membudayakan minat membaca pelajar sekolah. Penyemaian budaya membaca yang kukuh dan berterusan dapat membentuk sebuah masyarakat berkembang mantap yang cemerlang, berilmu dan bermaklumat. Semoga Warga SRI Al-Hafidz mengambil manfaat dengan kehadiran Perpustakaan Bergerak ke SRI Al-Hafidz setiap 2 minggu sekali. Kepada pelajar yang meminjam buku diharap dapat memulangkan buku yang dipinjam mengikut jadual yang telah ditetapkan iaitu pada 12 Mac akan datang.

Isnin, 24 Februari 2014

20 Pelajar Terpilih Menjadi Pengawas Pusat Sumber

Seramai 20 orang pelajar Sekolah Rendah Islam Al-Hafidz telah dilantik menjadi Pengawas Pusat Sumber Baitul Hikmah bagi sesi 2014. Semalam berlangsung majlis watikah pelantikan kepada pelajar yang terpilih disampaikan oleh Pemangku Mudir Ustazah Fauziah Saidin dan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM). Semoga dengan pelantikan ini akan memajukan Pusat Sumber Baitul Hikmah dan diharap pelajar yang terpilih melaksanakan tanggungjawab dengan amanah.

Jadual Penggunaan Pusat Sumber 2014

Assalamualaikum,

Kepada semua anak-anak Sekolah Rendah Islam Al-Hafidz, Bandar Sierra, berikut merupakan jadual penggunaan dan peminjaman buku di perpustakaan Baitul Hikmah. Semoga dengan adanya jadual ini, diharap semua pelajar mematuhi peraturan yang ditetapkan. Sekian.



Ahad, 6 Oktober 2013

ESOK, PEMULANGAN BUKU PERPUSTAKAAN BERGERAK

Assalamualaikum....

Makluman kepada semua pelajar yang telah membuat pinjaman buku di Perpustakaan Bergerak Negeri Sabah, esok 8 Oktober 2013 tarikh pemulangan buku. Diharap semua pelajar telah membaca buku yang dipinjam dan memasukkan ke dalam buku NILAM untuk memperoleh mata tertinggi. Jangan lupa bawa buku yang dipinjam untuk pemulangan esok,

Selasa, 30 Julai 2013

Assalamualaikum semua,

Terasa lama tidak mengemaskini blog ini, Perpustakaan Baitul Hikmah ditubuhkan pada januari tahun lalu. Namun, peminjaman buku kepada pelajar bermula Ogos pada tahun yang sama dengan menggunakan perisian PSS TARANTULA. Alhamdulillah bermula memasukkan data sebanyak 400 naskah buku dan kini mencecah 2000 naskah. Guru Perpustakaan Media (GPM) SRI Al-Hafidz berterima kasih kepada ibubapa yang telah menyumbangkan buku untuk PSS. Semoga pelajar-pelajar SRI Al-Hafidz mengambil tindakan positif dengan meminjam buku dengan lebih kerap lagi. Namun, masalah gangguan internet di sekolah sentiasa menghalang GPM memberi pinjam kepada pelajar.

Sumbangan buku daripada Ali Hafiz


Ahad, 14 Julai 2013

Ogos mula jadual peminjaman buku yang baharu

Bandar Sierra, 15 Julai - Alhamdulillah selesai memasukkan 244 data buku dalam system PSS Tarantula, setelah sekian lama akhirnya buku menjadi milik PSS Baitul Hikmah. Daripada 244 buah buku terebut, rata-rata Guru Perpustakaan media (GPM) memilih buku bahasa arab dan jawi untuk dimasukkan dalam PSS. Hal ini bagi menggalakkan para pelajar membaca buku bahasa berkenaan. Walaupun bilangan buku tesebut banyak dalam PSS sebelum ini, Namun, kekerapan pelajar meminjam sangan menduka citakan. Atas sebab itu, GPM terpaksa merangka satu jadual khas bagi mendorong pelajar meminjam semua jenis buku.

Sehingga kini, belum ada pelajar SRI Al-Hafidz meminjam buku selain berbahasa Melayu dan English, Oleh itu GPM amat mengharapkan dengan adanya jadual peminjaman buku berdasarkan bahasa mengikut minggu, pelajar SRI tercabar dan harus menyahut cabaran untuk membaca buku jawi dan bahasa arab. Ini juga untuk kebaikan anda semua, insyaAllah jadual ini akan berkuatkuasa ogos depan... assalamualaikum....
JADUAL PINJAM BUKU IKUT BAHASA